Posts

Pendaftaran Anak Bersekolah Tadika/Pra Untuk 2027. Jangan terlepas pandang wahai IBUBAPA!

Image
  Nak hantar anak ke sekolah mana tahun depan? Jika anda memilih untuk hantar anak ke tadika KEMAS pada tahun depan, anda kena bertindak sekarang. Buat pendaftaran dalam talian, jika sudah penuh, anda pula yang menyesal tak sudah. Untuk makluman, KEMAS sudah membuka pendaftaran untuk anak yang berusia 4 / 5 dan 6 tahun pada tahun 2027 untuk menduduki persekolahan di Tabika KEMAS. Pendaftaran perlulah dibuat secara dalam talian. Tempoh pendaftaran adalah bermula 1 Mei 2026 hingga 31 Julai 2026. Jangan terlepas. Daftar melalui link dibawah. https://ceria.kemas.gov.my/ (klik gambar untuk besarkan) Bagi ibubapa yang ingin meletakkan anak mereka di Pra Sekolah , boleh juga berbuat demikian tetapi perlulah mendaftar di laman web eprasekolah. Link mereka saya sertakan dibawah. https://eprasekolah.moe.gov.my/ Untuk pendaftaran Pra Sekolah, tempoh pendaftaran adalah dari 2 Mac 2026 hingga 31 Mei 2026.

Semak wang anda yang tak pernah dituntut. Ianya tetap hak milik anda! Begini caranya..

Image
  Tahukah anda bahawa anda mungkin ada wang yang tidak dituntut melebihi seratus atau mungkin boleh mencecah ribuan ringgit? Apa itu wang tak dituntut? Wang tak dituntut adalah wang anda yang mungkin anda tidak sedar keberadaannya. Selalunya ia disebabkan akaun bank yang lama tidak aktif, bayaran lebihan insurans, wang dari syarikat yang sudah ditutup, pemunya akaun sudah meninggal dan sebagainya. Semua itu anda boleh semak dan tuntut semula melalui sistem eGUMIS. Masuk melalui link dibawah. https://egumis.anm.gov.my/ Melalui link yang diberikan diatas, anda hanya perlu mendaftar maklumat peribadi anda dengan tepat. Ingat dan salin password anda di tempat yang selamat. Jika pendaftara anda berjaya anda perlu daftar masuk semula ke eGUMIS. Paparan visual seperti dibawah. Kemudia anda akan menemui tab KLIK UNTUK CARIAN WANG YANG TIDAK DITUNTUT. Masukkan nombor ic anda. Anda juga boleh memasukkan nombor ic orang lain untuk semak contohnya mak ayah kita. Atau jiran sebelah, itupun kala...

Pinjaman Khas Raya bagi mereka yang tiada bonus dan gaji

Image
  Kurang lagi dua minggu kita nak sambut raya. Bos cakap gaji tetap 25hb tak boleh awal. Bonus pun tiada. Alamak bang..tepuk dahi. Duit nak beli baju raya nak cekau mana? Jangan risau, cuba di RINGGIT PLUS!! Di Ringgit Plus, kami menawarkan pinjaman serendah RM1000 untuk menampung keperluan raya anda. Bayaran bulanan hanya dari RM48 sebulan. Apa tunggu lagi. Cubalah RINGGIT PLUS. [[[MOHON SEKARANG]]

Berapa lama tunggu LHDN pulangkan semula lebihan cukai?

Image
 Pada 1hb Mac setiap tahun pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri teah membuka permohonan untuk rakyat membuat tuntutan bagi cukai terlebih bayar tahun 2025. Maka bermula detik 00.01am 01/03/2026 ramai telah serbu laman web LHDN untuk membuat tuntutan tersebut menyebabkan trafik menjadi lembab dan perlahan. Penulis sendiri tidak dapat tembus website LHDN pada 2 hari pertama, hanya pada malam ke3 baru dapat membuat permohonan tuntutan lebihan cukai. Itupun terpaksa buat tengah malam. Berapa lama nak tunggu selepas permohonan dihantar? Kalau mengikut piagam pelanggan LHDN, tempoh menunggu adalah sekitar 30 hari bekerja . Lamakan? Harap-harap dapat lah masuk awal boleh buat duit belanja raya. Piagam pelanggan LHDN boleh dirujuk melalui link dibawah. https://www.hasil.gov.my/individu/kitaran-cukai-individu/bayaran/cukai-terlebih-bayar/

Tahukah anda Emas Digital Bursa Gold Dinar.

Image
  🌟 Bursa Gold Dinar (BGD): Pelaburan Emas Digital Patuh Syariah untuk Semua ​Bursa Gold Dinar (BGD) telah muncul sebagai penyelesaian yang menarik dan mudah diakses bagi rakyat Malaysia yang ingin melabur dalam emas fizikal. Ditubuhkan oleh Bursa Malaysia Berhad, BGD menawarkan platform pelaburan emas digital yang sepenuhnya patuh Syariah dan disokong oleh jaminan emas fizikal sebenar. ​Apakah Itu Bursa Gold Dinar (BGD)? ​Bursa Gold Dinar adalah sebuah platform digital yang membolehkan pengguna membeli, menjual, dan menyimpan emas tulen 999.9 secara dalam talian. Ia direka untuk mendemokrasikan pelaburan emas, menjadikannya mudah diakses oleh sesiapa sahaja tanpa perlu melalui proses pembelian emas fizikal tradisional yang rumit. ​🔑 Ciri-Ciri Utama dan Kelebihan BGD ​1. Patuh Syariah Sepenuhnya ​Aspek terpenting BGD adalah pengesahan Syariahnya. Semua urus niaga dan penyimpanan emas telah disahkan untuk mematuhi prinsip-prinsip Islam, menawarkan ketenangan fikiran kepada ...

Tahukah Anda kenapa February hanya ada 28 hari?

Image
  Sebab kenapa bulan Februari hanya ada 28 hari sebenarnya berpunca daripada gabungan tahyul orang Rom Purba , masalah matematik, dan politik sejarah. ​Ia bukanlah satu kebetulan, tetapi satu kesan sejarah yang kekal sehingga hari ini. Berikut adalah kronologi mudah bagaimana ia berlaku: ​1. Kalendar Asal Hanya Ada 10 Bulan ​Pada zaman Rom awal (sekitar abad ke-8 SM), kalendar mereka bermula pada bulan Mac dan berakhir pada Disember. ​Tahun itu hanya ada 304 hari . ​Tempoh musim sejuk (Januari & Februari sekarang) tidak dikira kerana tiada aktiviti pertanian dijalankan. Ia dianggap masa "kosong" tanpa nama. ​2. Raja Numa dan Tahyul Nombor Genap ​Raja Rom kedua, Numa Pompilius , mahu melengkapkan kalendar tersebut supaya meliputi 12 bulan mengikut kitaran bulan (Lunar), menjadikan setahun ada 355 hari . Beliau menambah Januari dan Februari. ​Di sinilah masalah bermula: ​Orang Rom Purba percaya nombor genap membawa nasib malang . ​Oleh itu, Numa memastikan seti...

Pertandingan rekaan uniform krew ECRL. RM30 ribu untuk dimenangi.

Image
  PERTANDINGAN REKAAN UNIFORM KREW TREN ECRL Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRLSB) menjemput semua rakyat Malaysia yang kreatif untuk menyertai Pertandingan Rekaan Uniform Krew Tren ECRL. Pertandingan ini merupakan peluang unik untuk menyumbang kepada pembangunan perkhidmatan rel baharu Malaysia dan mempamerkan reka bentuk anda di peringkat kebangsaan.  🔗 IMBAS KOD QR UNTUK MENDAFTAR 🎁 HADIAH BERNILAI SEHINGGA RM30,000 UNTUK DIMENANGI!!  📆 TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 5 DISEMBER 2025  Untuk sebarang pertanyaan, sila e-mel kepada kami di: contest@mrl.com.my  Jangan lepaskan peluang menarik ini!