Berapa lama tunggu LHDN pulangkan semula lebihan cukai?


 Pada 1hb Mac setiap tahun pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri teah membuka permohonan untuk rakyat membuat tuntutan bagi cukai terlebih bayar tahun 2025.

Maka bermula detik 00.01am 01/03/2026 ramai telah serbu laman web LHDN untuk membuat tuntutan tersebut menyebabkan trafik menjadi lembab dan perlahan.

Penulis sendiri tidak dapat tembus website LHDN pada 2 hari pertama, hanya pada malam ke3 baru dapat membuat permohonan tuntutan lebihan cukai. Itupun terpaksa buat tengah malam.

Berapa lama nak tunggu selepas permohonan dihantar?

Kalau mengikut piagam pelanggan LHDN, tempoh menunggu adalah sekitar 30 hari bekerja. Lamakan? Harap-harap dapat lah masuk awal boleh buat duit belanja raya.

Piagam pelanggan LHDN boleh dirujuk melalui link dibawah.

https://www.hasil.gov.my/individu/kitaran-cukai-individu/bayaran/cukai-terlebih-bayar/


Comments

Popular posts from this blog

Pelajar Tingkatan 3 dirogol senior dan dirakam.

BNM umum OPR turun ke 2.75%. Ini kesan kepada pinjaman anda dengan bank.

Tahukah Anda Dinosour Pernah Wujud Di Malaysia.

Negara Paling Bongsu Di Peta Dunia. Berumur 11 tahun.

πŸ—Ώ Misteri Patung Moai di Pulau Paskah: Warisan Leluhur atau Teka-Teki Dunia?