Posts

Showing posts from November, 2025

Pertandingan rekaan uniform krew ECRL. RM30 ribu untuk dimenangi.

Image
  PERTANDINGAN REKAAN UNIFORM KREW TREN ECRL Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRLSB) menjemput semua rakyat Malaysia yang kreatif untuk menyertai Pertandingan Rekaan Uniform Krew Tren ECRL. Pertandingan ini merupakan peluang unik untuk menyumbang kepada pembangunan perkhidmatan rel baharu Malaysia dan mempamerkan reka bentuk anda di peringkat kebangsaan.  🔗 IMBAS KOD QR UNTUK MENDAFTAR 🎁 HADIAH BERNILAI SEHINGGA RM30,000 UNTUK DIMENANGI!!  📆 TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 5 DISEMBER 2025  Untuk sebarang pertanyaan, sila e-mel kepada kami di: contest@mrl.com.my  Jangan lepaskan peluang menarik ini!

Wanita meninggal bersama bayi dalam kandungan selepas beberapa hospital menolaknya.

Image
  Seorang wanita dari Kampung Hobong, Papua, Indonesia, Irene Sokoy, meninggal dunia bersama bayi dalam kandungannya selepas ditolak oleh lima hospital ketika hendak bersalin.  Irene dibawa dengan bot laju ke RS Yowari sekitar jam 3 pagi, namun hospital itu enggan merawatnya kerana bayi didakwa terlalu besar dan memerlukan pembedahan. Dia kemudian dirujuk ke beberapa hospital lain termasuk RSUD Abepura, RS Dian Harapan dan RS Bhayangkara, tetapi semuanya tidak memberikan rawatan.  RS Bhayangkara meminta bayaran lapan juta rupiah bagi kos pembedahan, tetapi keluarga tidak mampu membayarnya. Akhirnya, ketika dibawa ke RSUD Jayapura, Irene disahkan meninggal dunia bersama bayinya sebelum sempat menerima rawatan. Tragedi ini mendapat perhatian Timbalan Ketua Daerah Jayapura yang menyampaikan ucapan takziah dan berjanji memperbaiki mutu perkhidmatan di RSUD Yowari.  Gabenor Papua, Mathius Fakhiri pula meluahkan kemarahan atas insiden penolakan pesakit oleh hospital dan me...

Tahukah Anda: Grab diasaskan oleh orang Malaysia. Oh baru tahu ni ..

Image
  Mungkin ramai tak tahu, founder Grab, Antgony Tan ni lahir daripada keluarga bisnes automotif Tan Chong Motor. Walaupun family kaya, tapi dia bukan jenis yang goyang kaki. Dan sebenarnya, Idea Grab datang dari satu soalan paling simple: “Kenapa teksi tak boleh dipercayai?” Anthony masa tu belajar di Harvard Business School. Dalam satu kelas, mereka kena buat assignment: “Cipta solusi untuk masalah besar di Asia Tenggara.” Kawan sekelas dia, Tan Hooi Ling, cakap: “Masalah paling teruk dekat negara kita ialah keselamatan pengangkutan.” Anthony terdiam. Sebab dia sendiri pernah rasa driver teksi sengaja pusing jauh untuk naikkan tambang. Dan dia pernah dengar ramai kes wanita diganggu masa naik teksi. Daripada situ lahirnya idea yang semua orang masa tu kata: “Takkan pemandu Malaysia nak guna app? Gila apa…” Waktu dia nak present idea kepada pelabur Malaysia, ramai jawab: “Market Malaysia kecil, tak scalable.” “Driver tak minat teknologi.” “Ini idea budak-budak Harvard yang tak faha...

Kanak-kanak warga Russia berusia 2 tahun meninggal akibat disengat obor-obor di Langkawi.

Image
  TAKZIAH - Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia berusia 2 tahun yang dilaporkan disengat ubur-ubur di Pantai Chenang, Langkawi Sabtu lepas meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar semalam. Bapa kanak-kanak itu, Nikita Iakubanets, 32, berkata anaknya Vladimir disahkan meninggal dunia pada 9.46 pagi tadi selepas 4 hari menerima rawatan di hospital itu. Anak beliau telah terkena kesan racun ubur-ubur yang menjejaskan jantungnya. Doktor juga mengesahka anak beliau mengalami kecederaan sangat teruk di kakinya. Kecederaan itu disebabkan oleh sengatan ubur-ubur dan ia adalah ubur-ubur kotak atau box jellyfish. Pasukan perubatan di HSB telah melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan anaknya dan merakamkan penghargaan di atas usaha mereka. Pasangan itu merancang membawa abu anaknya, Vladimir pulang ke Rusia selepas proses pembakaran mayat selesai. Takziah diucapkan kepada kedua ibu bapa Vladimir atas kehilangannya 😢