Kanak-kanak warga Russia berusia 2 tahun meninggal akibat disengat obor-obor di Langkawi.

 

TAKZIAH - Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia berusia 2 tahun yang dilaporkan disengat ubur-ubur di Pantai Chenang, Langkawi Sabtu lepas meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar semalam.


Bapa kanak-kanak itu, Nikita Iakubanets, 32, berkata anaknya Vladimir disahkan meninggal dunia pada 9.46 pagi tadi selepas 4 hari menerima rawatan di hospital itu.


Anak beliau telah terkena kesan racun ubur-ubur yang menjejaskan jantungnya. Doktor juga mengesahka anak beliau mengalami kecederaan sangat teruk di kakinya.


Kecederaan itu disebabkan oleh sengatan ubur-ubur dan ia adalah ubur-ubur kotak atau box jellyfish.


Pasukan perubatan di HSB telah melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan anaknya dan merakamkan penghargaan di atas usaha mereka.


Pasangan itu merancang membawa abu anaknya, Vladimir pulang ke Rusia selepas proses pembakaran mayat selesai.


Takziah diucapkan kepada kedua ibu bapa Vladimir atas kehilangannya 😢

Comments