Posts

Showing posts from March, 2026

Semak wang anda yang tak pernah dituntut. Ianya tetap hak milik anda! Begini caranya..

Image
  Tahukah anda bahawa anda mungkin ada wang yang tidak dituntut melebihi seratus atau mungkin boleh mencecah ribuan ringgit? Apa itu wang tak dituntut? Wang tak dituntut adalah wang anda yang mungkin anda tidak sedar keberadaannya. Selalunya ia disebabkan akaun bank yang lama tidak aktif, bayaran lebihan insurans, wang dari syarikat yang sudah ditutup, pemunya akaun sudah meninggal dan sebagainya. Semua itu anda boleh semak dan tuntut semula melalui sistem eGUMIS. Masuk melalui link dibawah. https://egumis.anm.gov.my/ Melalui link yang diberikan diatas, anda hanya perlu mendaftar maklumat peribadi anda dengan tepat. Ingat dan salin password anda di tempat yang selamat. Jika pendaftara anda berjaya anda perlu daftar masuk semula ke eGUMIS. Paparan visual seperti dibawah. Kemudia anda akan menemui tab KLIK UNTUK CARIAN WANG YANG TIDAK DITUNTUT. Masukkan nombor ic anda. Anda juga boleh memasukkan nombor ic orang lain untuk semak contohnya mak ayah kita. Atau jiran sebelah, itupun kala...

Pinjaman Khas Raya bagi mereka yang tiada bonus dan gaji

Image
  Kurang lagi dua minggu kita nak sambut raya. Bos cakap gaji tetap 25hb tak boleh awal. Bonus pun tiada. Alamak bang..tepuk dahi. Duit nak beli baju raya nak cekau mana? Jangan risau, cuba di RINGGIT PLUS!! Di Ringgit Plus, kami menawarkan pinjaman serendah RM1000 untuk menampung keperluan raya anda. Bayaran bulanan hanya dari RM48 sebulan. Apa tunggu lagi. Cubalah RINGGIT PLUS. [[[MOHON SEKARANG]]

Berapa lama tunggu LHDN pulangkan semula lebihan cukai?

Image
 Pada 1hb Mac setiap tahun pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri teah membuka permohonan untuk rakyat membuat tuntutan bagi cukai terlebih bayar tahun 2025. Maka bermula detik 00.01am 01/03/2026 ramai telah serbu laman web LHDN untuk membuat tuntutan tersebut menyebabkan trafik menjadi lembab dan perlahan. Penulis sendiri tidak dapat tembus website LHDN pada 2 hari pertama, hanya pada malam ke3 baru dapat membuat permohonan tuntutan lebihan cukai. Itupun terpaksa buat tengah malam. Berapa lama nak tunggu selepas permohonan dihantar? Kalau mengikut piagam pelanggan LHDN, tempoh menunggu adalah sekitar 30 hari bekerja . Lamakan? Harap-harap dapat lah masuk awal boleh buat duit belanja raya. Piagam pelanggan LHDN boleh dirujuk melalui link dibawah. https://www.hasil.gov.my/individu/kitaran-cukai-individu/bayaran/cukai-terlebih-bayar/