Semak wang anda yang tak pernah dituntut. Ianya tetap hak milik anda! Begini caranya..
Tahukah anda bahawa anda mungkin ada wang yang tidak dituntut melebihi seratus atau mungkin boleh mencecah ribuan ringgit?
Apa itu wang tak dituntut? Wang tak dituntut adalah wang anda yang mungkin anda tidak sedar keberadaannya. Selalunya ia disebabkan akaun bank yang lama tidak aktif, bayaran lebihan insurans, wang dari syarikat yang sudah ditutup, pemunya akaun sudah meninggal dan sebagainya. Semua itu anda boleh semak dan tuntut semula melalui sistem eGUMIS. Masuk melalui link dibawah.
Melalui link yang diberikan diatas, anda hanya perlu mendaftar maklumat peribadi anda dengan tepat. Ingat dan salin password anda di tempat yang selamat. Jika pendaftara anda berjaya anda perlu daftar masuk semula ke eGUMIS. Paparan visual seperti dibawah.
Masukkan nombor ic anda. Anda juga boleh memasukkan nombor ic orang lain untuk semak contohnya mak ayah kita. Atau jiran sebelah, itupun kalau anda tau nombor ic-nya.
Harus diingat, cubaan membuat carian hanyalah tertakluk kepada 2 carian sahaja sehari.
Jika ada, maklumat wang lebihan anda akan dipaparkan. Jika tiada apa nak buat, sudah nasib. Okay jika ada anda boleh menuntut semula semua wang anda itu tetapi perlulah mengikut prosedur yang ditetapkan. Anda kena sediakan dokumen-dokumen yang lengkap barulah permohonan anda akan diproses.



Comments
Post a Comment