Pelajar Tingkatan 3 dirogol senior dan dirakam.
Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Melaka dilaporkan mengalami trauma dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir dua pelajar senior.
Kejadian berlaku di sebuah kelas di Alor Gajah kira-kira jam 2.50 petang pada minggu lalu (2 Oktober). Yang lebih teruk, perbuatan keji itu dirakam video oleh dua pelajar lain menggunakan telefon bimbit dan disaksikan mereka di dalam kelas.
Kejadian terbongkar selepas video tersebut tersebar dalam kalangan pelajar dan dimaklumkan kepada guru, sebelum diketahui oleh ibu mangsa pada Jumaat.
Ketika kejadian, mangsa yang berusia 15 tahun itu berpatah balik ke kelas di tingkat tiga untuk mengambil barang projek Sains. Namun, mangsa dihampiri oleh dua pelajar senior berusia 17 tahun. Suspek pertama menarik mangsa, menutup mulut dan menolaknya ke dalam kelas, manakala suspek kedua mengawal kawasan tangga. Dua rakan mereka turut berada di dalam kelas menyaksikan perbuatan itu.
Suspek pertama dan kemudian suspek kedua merogol mangsa secara bergilir-gilir. Salah seorang rakan mereka merakam kejadian tersebut menggunakan telefon bimbit milik suspek pertama, manakala seorang lagi mengawal kawasan kelas.
Sumber: Sinar harian online

Comments
Post a Comment