Pendaftaran Anak Bersekolah Tadika/Pra Untuk 2027. Jangan terlepas pandang wahai IBUBAPA!

 

Nak hantar anak ke sekolah mana tahun depan? Jika anda memilih untuk hantar anak ke tadika KEMAS pada tahun depan, anda kena bertindak sekarang. Buat pendaftaran dalam talian, jika sudah penuh, anda pula yang menyesal tak sudah.

Untuk makluman, KEMAS sudah membuka pendaftaran untuk anak yang berusia 4 / 5 dan 6 tahun pada tahun 2027 untuk menduduki persekolahan di Tabika KEMAS. Pendaftaran perlulah dibuat secara dalam talian. Tempoh pendaftaran adalah bermula 1 Mei 2026 hingga 31 Julai 2026. Jangan terlepas. Daftar melalui link dibawah.

https://ceria.kemas.gov.my/

(klik gambar untuk besarkan)

Bagi ibubapa yang ingin meletakkan anak mereka di Pra Sekolah , boleh juga berbuat demikian tetapi perlulah mendaftar di laman web eprasekolah. Link mereka saya sertakan dibawah.


Untuk pendaftaran Pra Sekolah, tempoh pendaftaran adalah dari 2 Mac 2026 hingga 31 Mei 2026.


Comments

Popular posts from this blog

Tahukah Anda Dinosour Pernah Wujud Di Malaysia.

Pelajar Tingkatan 3 dirogol senior dan dirakam.

BNM umum OPR turun ke 2.75%. Ini kesan kepada pinjaman anda dengan bank.

πŸ—Ώ Misteri Patung Moai di Pulau Paskah: Warisan Leluhur atau Teka-Teki Dunia?

Negara Paling Bongsu Di Peta Dunia. Berumur 11 tahun.